26 Mei 2011

DIY Cara cek bateri

Salam..
Posting yang lepas aku ada cita pasal bateri.. Posting yang ni plak aku nak citer pasal macam mana nak test bateri tu ok ke tak..

Kebanyakkan kereta menggunakan negatife ground pada kereta. Pada negative bateri, akan di sambung terus ke badan kereta. Kiranya pada bateri, korang tengok tanda '-' macam tu la di katakan negative (kadang-kadang kilang tanda dengan warna hitam atau biru).

merah untuk terminal positive (+) dan negative (-). Klik utk besarkan gambar.

Sebelum korang cek, pastikan korang ada alat untuk cek voltan. Alat ni, multimeter atau korang bleh pakai volt meter untuk cek voltan pada bateri.

Ni multimeter analog macam waktu2 sekolah dulu pakai. Pusingkan kan pada DCV, 50 tu bila nak ukur. Rujuk manual untuk keterangan lanjut.

Digital multimeter, siap ada diaplay LCD. Sama jugak macam analog, cuma pusingkan pada V- untuk arus terus(direct voltage dan amik 20. Rujuk manual untuk keterangan lanjut.

Korang cabut terminal negative (-) tu, kemudian check dengan multimeter/voltmeter yang dah di sesuaikan pada julat yang betul. Oleh sebab bateri kereta mengeluarkan 12-14 volt, korang tak leh la set pada 10v. kalau tak nanti, terbakar plak fius dalam meter tu. Sama gak pada meter digital kuning kat atas nih, Set kan pada julat 20, baru ukur. Rujuk pada gambar kat bawah.

Perhatikan yang mana terminal positive (+) akan guna prob berwarna merah juga dan hitam untuk negative.

Oleh kerana sambungan negative ke kereta tadi telah dicabut, Bacaan yang dapat pada meter adalah terus dari bateri tanpa ada beban dari kereta. Sepatutnya bacaan nya adalah 12volt keatas.. bacaan diatas adalah menandakan bateri telah di charge penuh.



Alternator

Untuk mengetahui keadaan alternator tu ok ke tak, sambung balik terminal negative tadi. Dan start kan kereta. Ukur seperti gambar rajah di bawah.


Bacaan 13.6 sampi 14.3 Volt, (lebih kurang la) menandakan alternator anda berada dalam keadaan baik sebab bila korang start keta, alternator berpusing dan proses cas untuk bateri sedang berjalan. Itu yang kadang-kadang, ada pomen yang cabut terminal bateri kereta sebab untuk mengetahui alternator kereta tu elok ke tidak.

Konsep pomen tu macam nih, enjin kereta memerlukan cas dari bateri untuk menghidupkan kereta. Lepas hidup, kereta akan dapat cas elektrik daripada alternator pula. Jadi bila cabut terminal bateri dan kereta mati, ini di sebabkan kerana alternator dah sampai ajal dan tak lagi mengeluarkan cas untuk mengecas bateri. Dan dalam keadaan ini, jangka hayat bateri akan singkat disebabkan tiada proses pengecasan semula.

Jadi, penjagaan bateri ni amat lah penting sebab tak ada bateri, korang kena lah tolak kereta untuk hidupkan dia. Bila malam plak langsung korang tak leh bawak sebab lampu tak terang, tak pun malap. Kereta auto lagi langsung tak leh tolak.. Standby la jumper dalam kereta satu.

Macam aku, aku guna bateri sel basah biasa jer, tak ada sen la nak beli yang free maintenance. Sama gak fungsi cuma kena kerap tengok air je arr.. Aku suggest korang pasang voltmeter dalam keta. Tak pun korang pasang la gadget-gadget yang sesuai macam turbo timer yang ada volt meter, RSM, SAFC, VAFC dan sewaktu dengan nya yang ada display. Tak rugi pun sebab dengan benda-benda ni dapat korang monitor keadaan bateri di samping melawakan kete ..


Aku pakai yang ni sebab dia ada auto timer yang boleh kira berapa lama enjin hidup dan volmeter !.

Best menatang nih, ada alarm untuk voltage low atau over charge.



 Salam..
 p/s: kalau korang nak penerangan lagi detail pasal bateri dan alternator, klik sini. tapi dalam english la.



Salam..

1 ulasan:

  1. AIM EG :OK PADA SOLAN SY TU.. SY DH FHM.. REPENYE BETRI KONG.. TP PKAI XSMP STHN PN.. HUHU..

    BalasPadam