31 Ogo 2010

Sambungan... swap info untuk eg,ek,dc2

24.ECU 

Info:

 

a) ECU adalah Electronic Controller Unit dan kotak besi inilah yang akan menentukan pengaliran minyak, angin dan api kedalam enjin anda. Ibarat otak pada badan manusia, samalah juga fungsinya kepada kereta.Kesemua sensor-sensor yang berada pada enjin adalah bersambung pada ecu untuk menentukan keadaan pengaliran unsur-unsur diatas bersesuaian dengan rpm kereta.Kesemua kereta yang di tune dengan standard kilang, menggunakan sistem ‘close loop’ iaitu semua sensor-sensor seperti O2,MAP,Heated Oxigen,TDC,Coolant tempreture akan berhubung secara terus untuk meningkatkan prestasi kenderaan tanpa mengorbankan effisen terhadap minyak.

 Manakala keadaan ‘Open loop’ pula lebih digunakan kepada sistem kereta yang digunakan untuk drag atau sprint. Keadaan ini menyebabkan ecu tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada sensor-sensor tersebut tetapi menggunakan setup yang berasingan yang telah di program didalam IC chip tambahan didalam ecu.Ini dinamakan ecu yang telah direchip.Kebanyakkan dragster /sprinter akna menukar terus kepada standalone punya ecu kerana ecu asal tidak lagi menyokong setup-setup enjin yang di buat kerana terlalu extreme.

 Seperti mana yang anda pernah dengar ‘rechip’ pada ecu adalah memasukkan 2 ic chip yang berasingan didalam ecu dan ecu akan terus membaca data-data terus dari ic chip ini. Rechip ini akan saya terangkan lagi selepas ini.


Contoh-contoh ecu honda. Pada bulatan merah didalam gambar itu adalah no ecu yg selalu dirujuk berdasarkan engine.



Terdapat 2 jenis ecu honda dari segi panjang.. selalunya yang pendek adalah original JDM dan yang panjang adalah USDM.




Ecu honda dan spesifikasi enjin nya


88-91 ECUs (PM6, PR4, PW0, PR3, PM7):
5spd = 000, 001, 002, A00, A01, A10, J00, J001, C01, C00
Auto = J51, J50, A50, A51, 901, A60, C50, C51, X30, A80

92-5 ECUs (P28, P30, P61, P72, P91, P08)
5spd = 000, 001, 002, 003, A00, A01, A02, C00, C01, C02, J00, J01, J02
Auto = J50, J51, 901, 902, C50, C51, C52, A50, A51, A52

96-00 ECUs (P2E, P2P, P2J, P72)
5spd = 000, 001, 002, 003, A00, A01, A03, C00, C01, C02, C03, J00, J01, J02, A11, C11
Auto = A70, A71, A72, A91, A92, C70, C71, C72, C91, C92

Daripada pattern diatas, kita lihat dari: 
-Huruf pertama =  negara asal pengeluar 
J = Japan
C= Canada
A=USA

-Digit kedua, jika 5, 7, 9 kebanyakkan nya auto 

-Digit ketiga memberikan jenis versi dan variasi



OBD1 ECU
P07 : 92-95 OBD1 Civic VX (D15Z1) 6 Wire O2
P05 : 92-95 OBD1 Civic CX (D15B)
P06 : 92-95 OBD1 Civic DX (D15B)
P28 : 92-95 OBD1 Civic Si/Ex (sohc vtec d16z6)
P30 : 92-95 OBD-1 Del Sol? DOHC Vtec Si/EG Si R
P61 : 92-93 OBD-1 USDM GSR B17A DOHC vtec
PR3 : 92-93 OBD-1 JDM Integra RSi/XSi (B16A)
PR4 : 92-93 OBD1 Integra RS/LS/GS (DOHC)
P72 : 94-95 OBD-1 Integra GSR (1.8L B18C? DOHC Vtec)
P74 : 92-95 OBD-1 Integra LS/GS (1.8L B18B)
P75 : 92-95 OBD-1 Integra LS/GS (1.8L B18B)
P08 : 92-95 OBD1 Civic/CRX VTi/VXi (sohc vtec)
P27 : 92-95 OBD1 Euro/Asian Civic (non-vtec 1.6l)
P29 : 92-95 OBD-1 JDM Domani (sohc zc)
P54 : 92-95 OBD-1 JDM Domani/1.8l Accord (1.8L B18B DOHC)
P70 : 92-95 OBD-1 Domani (sohc vtec zc - no oil pressure sensor reading)
P71 : 92-95 OBD-1 Integra (sohc vtec d16a)
P76: 94-95 OBD-1 JDM Integra (sohc zc)
P84 : 92-95 OBD-1 JDM Civic ETi (VTEC-E auto)
P91 : 92-95 OBD-1 JDM Civic Coupe (sohc vtec 1.6)
P0 A : 94-95 OBD-1 Accord EX
P0 C : 92-95 OBD-1 Accord 2.2L (F22B DOHC non-vtec)
P39 : 92-95 OBD-1 JDM Accord SOHC VTEC (F22A)
P11 : 92-95 OBD-1 Prelude 2.0i BB3 with F20A4 non-vtec
P13 : 93-95 OBD-1 Prelude Vtec (H22A DOHC Vtec)
P14 : 93-95 OBD-1 Prelude Si (non Vtec - H23A)
PT6? : some sort of non-VTEC OBDI Accord or Prelude, F22 perhaps

OBD2 ECU
P72 : 96-00 OBD-2 Integra GSR
P73 : 96-00 OBD-2 Integra Type-R (JDM & USDM)
P75 : 96-00 OBD-2 Integra LS/GS
P2 E : 96+ Civic LX
P2 N : 96+ OBD-2 Civic HX Coupe
P2 P : 96+ OBD-2 Civic EX Coupe
P2 T : 99+ OBD-2 Civic Si Coupe
P5 P : 97-00 OBD-2 Prelude Type-S (JDM)
P28-G03 : ODB II 96+ European del Sol (SOHC VTec) (Lebih kurang macam P73)



 Kebanyakkan ecu honda terletak di sisi kiri chasis sebelah kiri pemandu. Lihat rajah di bawah, Cuma rajah di bawah untuk chasis pada USDM punya spec.


Kalau anda perhatikan, dibawah desbod, kira-kira atas dari ecu ini, anda akan nampak satu soket seperti gambarajah dibawah.





Cara untuk mendiagnostic:

 

Shortkan kedua-dua pin untuk mengehtahui error code yang di diagnoskan oleh ecu anda.Selepas itu, pusingkan kunci hingga ke ignition tetapi jangan start kereta anda.


Perhatikan pada lampu ‘check valve’. Iaitu lampu yang bewarna kuning dan berbentuk teko teh.Cara bacaan sifir nya adalah dengan menghitung panjang pendek kerlipan lampu kuning tadi.

 

Apabila ia berkelip panjang, ia adalah bacaan 10.

Apabila ia berkelip pendek, ia adalah bacaan 1.

 

Contoh error code: 19, solenoid valve pada gearbox auto.

Panjang+ pendek+pendek sampai 9 kali.

 

Contoh error code: 20, electrical load sensor

Panjang+panjang

 

Apabila terdapat lebih dari 1 error code, ia akan berkelip-kelip, menyatakan satu-satu eror code dan akan berulang menyatakan error code yang sama.


Contoh error code yang biasa. Untuk error code yang lengkap, rasanya banyak website-website atau forum yang memaparkan error code untuk honda.



contoh video untuk mengira error code:





Soket Ecu

Ecu honda terdiri dari pada 3 jenis soket bergantung pada tahun pengeluaran chasisnya.

 

Ia terdiri daripada OBD0, OBD1 dan OBD2. Dan OBD2 pula terdiri daripada 2, iaitu OBD2a dan OBD2b. OBD adalah terdiri dari On Board Diagnostic iaitu keupayaan untuk mendiagnostic error sendiri pada keadaan kunci pada ignition.

 

Gambar soket OBD.



ECU pinout




OBD1




OBD2

(a)


 (b)



Saya rasa cukup la serba sedikit info tentang ecu-ecu honda nih.. sebarang keterangan lanjut atau anda ingin kan lebih maklumat tentang ecu honda boleh la ke website dan forum yang saya link kan dibawah.


http://forum.pgmfi.org/

http://www.ff-squad.com/technet/


p/s: sebagaimana yang saya janji kan untuk review tentang rechip, piggyback dan standalone, mungkin di posting akan datang dapat saya ceritakan..


salam.


4 ulasan:

  1. nyalaan kereta sy 22=VTEC pressure valve
    sy ptt repair yg mne?

    BalasPadam
  2. pada vtec solenoid punya valve ada soket kaler ijau tak? try tukar seketol vtec solenoid sbb vtec pressure punya valve dia skali ngan vtec solenoid.

    BalasPadam
  3. kenapa sya xleh tgk gambar2 dlm blog nie??

    BalasPadam